Contoh Soalan - Soalan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Imigresen Gred KP19



PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19


Peperiksaan Pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia sedang giat berjalan dan akan dilakukan tidak lama lagi. Jika anda salah seorang calon untuk exam 20 Mac nanti, Anda berada ditempat yang betul. 


Tahun 2020 ini, SPA dijangka akan membuka ribuan peluang pengambilan pegawai baru bagi ditempatkan di banyak kementerian, jabatan di seluruh negara. Anda cukup bertuah kerana dipanggil untuk peperiksaan online kali ini kerana agak lama jawatan ini dibuka bagi pengambilan baru.




SEMAKAN CALON


Sebelum anda mengisi borang disini pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi mendapatkan angka giliran dan juga akses untuk peperiksaan online nanti. Anda boleh menyemak DI SINI 




FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI IMIGRESEN


Dalam peperiksaan online kali ini mengandungi 2 seksyen sahaja iaitu daya menyelesaikan masalah dan juga kefahaman bahasa inggeris. Bagi daya menyelesaikan masalah, anda perlu tahu dan ingatkan kembali apa yang anda pelajari ketika Sijil Pelajaran Malaysia dahulu. Begitu juga kefahaman bahasa Inggeris yang baru sahaja diperkenalkan.



SEKSYEN A – DAYA PENYELESAIAN MASALAH


Masa: 25 minit



Bagi seksyen ini calon dikehendaki untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan:

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran untuk mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.



(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Angka yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh menggunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.


(iii) Konsep-Konsep Matematik (Formula)

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh itu, soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).


Image result for format peperiksaan spa seksyen a

SEKSYEN B: KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS

Masa: 20 Minit

Seksyen ini adalah bagi menguji kemahiran bahasa inggeris calon yang bakal menjadi penjawat awam. Ia tidak terlalu sukar kerana soalan tahap SPM. Tapi jangan pandang ringan bagi seksyen ini.


Image result for format peperiksaan spa seksyen b